Maaf review ini mengalami sedikit kelewatan atas faktor penulis
yang sibuk dengan tugas-tugas hakiki dan kerja-kerja
freelance. Harap
review kali ini tidak akan mengecewakan dan mendapat respon positif dari semua orang. Penambahbaikan dan pengolahan semula bergantung kepada input dari individu yang terlibat. Sila beri tunjuk ajar.
Seperti biasa setelah tamat program pasti akan ada review mengenai aktiviti
berkenaan dan posting pada kali ini memfokuskan pada Program Candat Troopers
O.S.C yang sememangnya tidak dijangka mendapat penglibatan seramai 12 ORANG.
Satu pencapaian yang agak baik memandangkan kos dan perbelanjaan yang perlu
ditanggung oleh setiap orang yang agak tinggi. Tarikh 5, 6 & 7 April 2013 (3 hari 2 Malam) menjadi pilihan kami untuk
melunaskan perancangan yang sudah dibuat dari tahun 2012 lagi.
Seakan menjadi kebiasaan apabila waktu yang sepatutnya untuk berkumpul
sebelum bertolak ke Terengganu adalah pada jam 6.30 pagi, kelewatan selama satu
jam sebelum bertolak berlaku apabila kami terpaksa menunggu beberapa orang lagi
yang mempunyai masalah pengangkutan dan kordinasi pickup mereka berada agak
jauh dari pin point yang diberikan. Harapan semua orang selepas ini supaya
kelewatan-kelewatan seperti ini dapat di perbaiki dari masa kesemasa.
 |
| Pintu Gerbang Jambatan Sungai Pahang |
 |
| Berhenti rehat minum pagi untuk orang gomen |
Jam 7.30 pagi kami semua bersiap siaga untuk bertolak ke destinasi yang
dituju, 3 kenderaan pacuan empat roda (Forte, Avanza & Honda City)
menjadi tikar terbang untuk 12 orang troopers dengan berbekalkan satu kereta
satu walkie-talkie. Berhenti seketika di kawasan rehat Temerloh untuk bersarapan pagi
dan berbincang seketika untuk pit stop seterusnya. Ketiga-tiga kenderaan memacu
deras mengejarkan masa untuk solat Jumaat di Marang dan sepanjang masa itu juga
tidak putus-putus walkie-talkie yang dibekalkan mengisi dan memecahkan
keheningan kenderaan masing-masing.
Sampai sahaja di Marang, kami memilih lokasi masjid yang agak strategik
untuk menunaikan ibadat solat Jumaat, akibat khutubah sudahpun habis dibacakan
kami bergegas mengambil wudhuk dan berlumba-lumba mengambil saf di bawah dan
atas masjid berkenaan. Selesai sudah bersolat sudah menjadi kemestian untuk ke
tandas menunaikan hajat pula, akan tetapi seakan pelik apabila terdapat
rungutan diantara kami mengenai Masjid ini yang tidak mempunyai tandas. Puas
memusing di kiri, kanan, atas & bawah masjid, tetapi signage tandas
tidak kelihatan. Mungkin kami semua tidak biasa persekitaran di masjid ini dan
tidak bertanyakan kepada orang lain yang sudah bersolat. Almukaram simpan
sahajalah sehingga tiba di check point seterusnya.
Perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Marang ini sahaja mengambil masa 6
jam, perbezaan masa dari bersarapan pagi tadi di anggarkan 4 jam, perit perut
kami sudah mula menghantar isyarat di rongga kewarasan fikiran masing-masing,
tiba-tiba terlintas difikiran kami hari Jumaat adalah hari cuti umum Negeri
Terengganu, patutlah kedai-kedai makan di deretan jalan sepanjang ke Masjid
tadi semuanya tutup belaka. Masing-masing panik seketika, dan menaruh harapan
agar ada gerai-gerai makan nasi berlauk yang dibuka untuk kami serbu. Kami
membuat rondaan seketika di kawasan Masjid dan sekitarnya, tidak jauh daripada
jeti Marang itu kami dapati ada satu lot kedai yang satu daripadanya
dibuka pada hari tersebut. Ternyata gerai nasi campur seperti yang kami
harapkan, AKHIRNYA!
Kedai yang kami maksudkan seperti gambar dibawah, walaupun keadaan lauk pauk
di kedai makcik ini ala kadar sahaja dan semakin habis, kami ambil sahajalah
apa saja juadah lauk yang masih tinggal untuk mengisi perut sebelum sampai ke
Pulau Kapas. Akibat mengejar masa, kami tidak berlengah untuk makan dan segera
membayar air minuman dan makanan sekangkang kera itu, agak mengejutkan apabila
harga yang perlu dibayar setiap orang daripada kami bukannya agak mahal, tetapi
MEMANG MAHAL! Makcik yang di bulatkan muka itu sewenang-wenangnya caj orang
bandar macam kami ini dengan harga makanan seperti gerai-gerai di Singapore bukannya Kuala
Lumpur! Takdela sedap sangat pon!
 |
| Inilah kedai makan yang kami maksudkan |
 |
| Kan tak pasal-pasal kena snap! |
Penjelasan :
Nasi+Ikan Berkuah Sepotong+The O Ais Limau = RM7.50
Nasi Separuh+Ayam(2ketul kecil)+Telur Dadar(potongan kecil)+Limau Ais =
RM8.00
dan tidak kurang pula ada diantara kami yang hanya makan nasi berlaukkan
telur dadar dan ikan goreng serta minum ais kosong sahaja terpaksa membayar
dengan harga RM6.00! kalau nak huraikan yang lain-lain tu lagi menyanyat hati...aduhhhhh…macamana la makcik ni boleh tergamak berkira
dengan kami, walhal kami yang datang dari jauh, memenuhi gerai makanannya dan
memberikannya punca pendapatan pada hari itu dengan menghabiskan saki baki lauk
yang ada. Lebih kurang sikit la makcik, mentang-mentang kami tak pandai kecek
GANU,
Dop tengok kami semat atah bawoh, sene-sene caj maha.
 |
| Masing-masing frust dengan harga makanan |
 |
| Nak kata apa...sengih je la... |
Review untuk gerai ini TOTALLY OUT OF LEAGUE! Tak layak di review langsung, bukannya kami berdendam, sakit hati atau seumpamanya, cuma kami nak luahkan rasa tidak puas hati kami dengan mentaliti dan local sense orang melayu macam makcik ni, hisshhh, UNRECOMMENDED pada mereka-mereka yang backpacking, traveler, tourist, dan berniat untuk singgah. Walaupun perut anda lapar sehingga dendam kesumat, pandu jauh sikit pun takpa, asalkan anda berpuashati dengan apa yang anda makan dengan harga yang anda bayar. Kami dah terkena sekali, lepas ni minta maaf banyak-banyak jelah makcik.
Orite berhenti mengumpat mengenai makcik tu, kami halalkan duit kami dunia akhirat. Tak jauh dari gerai tersebut pula, kami berjalan kaki menuju ke kedai runcit berhampiran membeli keperluan untuk persediaan di Pulau Kapas nanti. Antaranya adalah air mineral(wajib ada), cikedis, kekacang, minyak cap kapak, dan yang pasti
item based on reasonable price! ini kami suka! Sesudah itu kami terus menuju ke Jeti Marang untuk mendapatkan bot seperti yang dijanjikan oleh agent kami untuk ke Pulau Kapas.
 |
| Timing tak tepat pulak.... |
 |
| bergambar dulu menggunakan masa yang ada |
Atas kelewatan kami sendiri, setibanya di Jeti Marang, bot penumpang berkapasiti 40 orang, telah berlayar menuju ke Pulau Kapas tanpa menunggu kami, disebabkan itu kami terpaksa menunggu hampir satu jam untuk menunggu bot yang sama berpatah balik untuk mengambil kami 12 orang untuk ke Pulau Kapas. Dengan bahang panas terik waktu itu, kami terpaksa bersabar dengan penuh penantian. Kenderaan kami pula diletakkan dibawah jagaan salah seorang saudara rakan kami yang juga orang tempatan Terengganu. Satu jam berlalu, bot yang ditunggu tiba akhirnya, namun kami terpaksa besesak-sesak dengan penumpang lain akibat pengurusan agent bot kami yang kurang konsisten. Walaubagaimanapun perjalanan ke Pulau Kapas selamat tiba dengan meninggalkan bau asap serta deruman enjin bot di hidung dan kepala kami kesan daripada terpaksa bersesak di buritan.
 |
| Pemandangan dari Jeti Marang |
 |
| Tempat kami menunggu bot..lama gila menunggu! |
 |
| Sampai kebelakang sesak bot ni.. |
 |
| Tempat duduk pun penuh.. |
Setibanya di Pulau Kapas, kami meredah pasir halus yang berderai-derai di celah-celah jari kaki kami menuju ke chalet KAPAS CORAL BEACH RESORT, memandangkan tiada pula kami perasan pokok atau tumbuh tumbuhan berkapas di pulau ini, dalam hati kami berkata mungkinkah kehalusan pasir di pulau ini yang membuatkan ianya dinamakan Pulau Kapas? atau peneroka dan nelayan yang singgah di pulau ini yang memberikan nama itu berdasarkan ekonomi Terengganu pada ketika itu yang terkenal dengan hasil tenunan kain dan mencanting batik yang di hasilkan menggunakan benang daripada kapas?
Setelah diagihkan 4 orang satu chalet, kami mula memulakan operasi membersihkan aircond di bilik masing-masing kerana kurang sejuk. Debu dan habuk ternyata tebal dan aircond di chalet tersebut tidak di servis mengikut jadual yang sepatutnya. Selesai sahaja berbuat demikian, kami berehat sebentar sambil menikmati keindahan alam di sekitar kawasan di chalet kediaman kami dan bersiap sementara menunggu bot candat yang dijadualkan tiba pada 7.30 petang.
 |
| Semangat sebelum turun ke laut |
 |
| Excited tak terkata..tudiaaa... |
Tepat jam 7.30petang kami menuju ke jeti pulau kapas untuk menaiki bot yang akan membawa kami ke tengah lautan Terengganu yang menjanjikan hasil mencandat sotong yang lumayan! Setibanya di jeti pulau kapas, kami agak teruja dengan bot yang menunggu kami yang agak besar dan terkemas rapi seperti baru di cat semula. Ini lagi menaikkan semangat kami untuk bertarung dengan arus ombak yang memukul badan bot kami dan moral untuk tidak mabuk laut dapat di kurangkan. Kira-kira satu jam perjalanan menuju ke tengah lautan, bot kami mula memperlahankan kelajuan berhenti di kawasan yang kami sendiri tidak pasti dan awak-awak bot mula menjatuhkan sauh menandakan kawasan itu sesuai untuk ritual candat dimulakan. Kami masing-masing mencapai alatan mencandat yang mula diedar dan dibekalkan oleh pemandu bot dan bertindak mencari lokasi pin point dan mengekalkan posisi masing-masing di beberapa sudut bot yang difikirkan strategik untuk mendapat hasil yang banyak.
 |
| Sotong pertama yang berjaya di naikkan |
 |
| Rasanya sotong ni paling panjang..damn! |
Sotong pertama berjaya di naikkan oleh Najib, ternyata pengalaman mencandatnya beberapa tahun sebelum ini betul-betul meninggalkan kesan dan mengajar cara dan teknik yang tepat. Seterusnya beberapa sotong lain berjaya di daratkan oleh beberapa rakan-rakan yang lain. Rakan kami yang pertama kali menyertai aktiviti kali ini Azree, mempamerkan aksi mencandat yang konsisten walaupun baru menimba pengalaman, dia berjaya menarik naik sotong yang agak banyak. Sedikit kekecewaan pada T.M.P kerana selepas berjaya menaikkan 2 ekor sotong akhirnya dia tewas juga dengan alunan ombak dan bau asap bot yang menyucuk-nyucuk hidung menyebabkan dia menjadi individu pertama yang muntah di atas bot. Terpalit di raut wajahnya kemurungan akibat tidak dapat bersama rakan-rakan lain meneruskan perjuangan memenuhkan baldi berisi sotong yang kian bertambah. Namun dia tidak kesorangan, Haffes juga turut mabuk laut dan terdampar berehat meredakan amukkan gelora pening kepala dan gelodak isi perut yang menunggu masa untuk di muntahkan.
 |
| T.M.P dah blackout.. DAMN! |
 |
| Steady lagi dorang ni sume..siap boleh makan! |
 |
| Ehh..aksi apa ni C.F.O? |
 |
| dah terang..bot otw balik ke pulau kapas |
Boleh dikatakan disini
Pencadat Terbaik 2013 sepanjang aksi ini berlangsung adalah
Najib, entah berapa banyak
power bar dia makan. Aksinya yang konsisten serta berterusan menarik naik dan memenuhkan baldi berisikan sotong-sotong yang tewas membuatkan rakan-rakan lain tercabar kerana ada juga dikalangan kami yang langsung tidak berjaya mendapatkan seekor sotong pun hatta rumpai laut.
Azree & T.M.P boleh dikategorikan sebagai
Pencandat Harapan 2013, sebagai individu yang tidak mempunyai pengalaman dan pertama kali merasai mencandat sotong dengan teknik yang sesuai, mereka berjaya mendaratkan beberapa ekor sotong dalam kuantiti yang agak banyak. Rakan-rakan yang lain juga turut memberikan saingan dengan mempamerkan aksi mencandat masing-masing yang cukup berpengalaman. Boleh masuk Karnival Candat Sotong la korang lepas ni.
Suasana pagi diheningkan dengan kelibat matahari yang kian naik dari hujung lautan, indahnya pemandangan ketika itu turut di rasai semua orang yang mengambil kesempatan bergambar seketika sambil menghirup udara pagi di tengah lautan yang segar dan menghayati desiran alunan ombak yang di pecahkan oleh bot kami menuju ke jeti Pulau Kapas menandakan ritual mencadat sotong pada kali ini sudahpun berakhir. Sempat juga kami mengumpul hasil tangkapan sotong di pagi itu untuk di sekalikan semuanya agar senang di buat pengiraan dan pengagihan setibanya di chalet nanti.
 |
| Jom kemas! |
 |
| Tima kaseh la abg bot sebab tak tolong.. |
 |
| Part ni dalam TRAILER Troopers |
 |
| TRAILER ni paling kelakar.. |
8.00pagi, Setibanya di jeti Pulau Kapas kami mengucapkan terima kasih kepada pemandu bot dan awak-awak bot yang menemani kami sepanjang kami beraksi. Setelah siap berkemas kami berjalan menuju ke chalet kami yang berada tidak jauh dari situ, sempat jugalah kami merakamkan gambar kenangan beramai-ramai dengan aksi ala tamil. Tiba di chalet, seperti biasa tugas mencuci dan mengira sotong di berikan kepada Haffes dan Awie. Rakan-rakan yang lain ada yang menunggu di kafe chalet menunggukan breakfast pagi akibat lapar dek kerana lama berada di laut. Setelah bersarapan pagi, kami tidur sebentar untuk mengumpul semula tenaga bagi aktiviti seterusnya SNORKELING!
 |
| Betul ke 1 tali tu kena clip celah kangkang? |
 |
| Ada la 3 orang outsiders dalam bot kami.. |
Jam 10.30pagi kami berangkat pula ke pantai untuk menaiki bot laju yang akan membawa kami ke suatu bahagian Pulau Kapas yang menjadi tumpuan pengunjung dan pelancong untuk aktiviti snorkeling. Tiba di check point yang di kehendaki, pemandu bot mula memberi isyarat untuk kami memperkemaskan life jacket, mask dan snorkel. Seorang demi seorang dari kami terjun ke laut tanpa rasa takut dan gemuruh. Seakan sudah terlatih, kami tidak perlu diajar untuk menggunakan mask dan snorkel untuk melihat hidupan akuatik, ianya sungguh menyeronokkan apabila kita dapat melihat bermacam-macam hidupan dengan tidak membazir tenaga untuk berenang. Ada diantara kami yang terpijak landak laut dan mengakibatkan ditusuk oleh duri-duri tajam yang berbisa, akibatnya rakan kami itu terpaksa direhatkan sebentar untuk mendapatkan rawatan mengetuk permukaan kaki yang terkena duri landak laut itu.
 |
| Ikan selar kuning |
 |
| Dalam ni tau!! |
 |
| Ada jek aksi tamil.. |
 |
| Alamak ikan masuk dalam sluar la!! |
 |
| Ko TENOK macamana aku buat!! |
 |
| Macam ni la Akrobatik! All 10! |
Selesai sahaja aktiviti snorkeling selama 2 jam, kami pulang ke chalet untuk makan tengahari dan berehat dengan mendapatkan tidur yang cukup untuk memulakan aktiviti SNORKELING KEDUA (yang automatik di cancel kan akibat tidur yang keterlaluan di sebelah petang).
Penginapan di chalet Kapas Coral Beach Resort ini menyediakan pakej:
1. Boat dari Jeti Marang ke Pulau Kapas
2. Lunch (2x)
3. Snorkelling + gears (2x)
4. Dinner (2x)
5. Breakfast (2x)
6. Bilik Seaview
7. Boat balik dari Pulau Kapas ke Jeti Marang
 |
| Sekitar Chalet |
 |
| Chalet Casino |
 |
| Koboi Pulau Kapas.. |
 |
| Lakonan semula kesamaan gegaran tv |
 |
| ariel dia ada ariel la! |
 |
| Haiwan peliharaan Coral Beach Resort |
 |
| Ada 3-4 ekor di belakang cafe tersebut |
Tidak semua bilik chalet yang disediakan lengkap berserta LCD TV. Tapi siaran tak berapa
clear dek kerana ariel tv biasa sahaja, itu pun puas kami mengadjust bagi mendapatkan siaran yang lebih jelas. Cafenya pula berdekatan sahaja dengan kedudukan chalet kami, ada ketikanya apabila makanan sudah siap dimasak, ada seorang pekerja cafe berkenaan akan panggil makan. Berkenaan dengan servis kami tidak banyak komen, cuma apa yang amat membuatkan kami berasa tidak berpuas hati adalah dengan portion makanan & menu masakkan! Ianya tidak menjadi masalah kepada mereka-mereka yang hanya datang berdua atau bertiga (honeymoon, berehat dsb), kerana mereka berpeluang untuk memesan menu mengikut citarasa kesukaan mereka, masalah mula timbul apabila kami 12 orang dihidangkan dengan masakkan ala buffet yang memang kalau di ikutkan budget masakkan tersebut hanya untuk 9 orang sahaja! Memang tak puas hati kerana kami terpaksa mencatu nasi dan lauk pauk berkonsepkan ala camping!! Rating untuk chalet ini kami beri 2 bintang (sikit lebih kurang dgn makcik gemuk tu).
Setelah bangun dari tidur petang, kami berkumpul di pantai berdekatan chalet untuk bermain bola tampar pantai. Adengan dan aksi
intermediate pukulan bola tampar yang kurang tekanan angin itu memecahkan kesurupan angin petang dengan gelak tawa dan ejek mengejek sesama kami, bukan senang nak berkumpul 12 orang (2 pasukan) untuk bersukan bersama. Ada juga sesekali model-model pakaian dalaman wanita lalu lalang, dan ini sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi dan fokus pukulan bola yang ingin di tampar. Ada juga suara-suara halus yang kedengaran teringin untuk MENAMPAR bola lain yang juga kurang angin!..Damn korang! Penat sudah bermain bola tampar, kami beramai-ramai berenang di laut untuk menyejukkan kehangatan badan, tak terkecuali juga ketika ini ada saja aksi-aksi extreme membuat piramid dengan membuat terjunan berpusing, ada saja inovasi yang ingin dicuba. (Part ni korang terel la!)
 |
| Aku tak makan lagi tu..TENOK da nak abis |
Selepas makan malam yang tidak mengenyangkan itu, kami beramai-ramai
nightwalking sepanjang Pulau Kapas, di sepanjang persisir pantai tersebut dapat kami temui beberapa ekor ketam yang sedang menggali lubang melarikan diri dari arah lampu suluh kami. Ternyata berjalan malam ini juga memenatkan meredah pasir-pasir halus dan tangga-tangga yang perlu dinaiki & dituruni sepanjang
nightwalking tersebut. Selepas berehat sebentar, pintu chalet yang menjadi kunjungan ramai adalah pintu chalet kasino T.M.P dan terdiri daripada Mahjong Master & God of Gamble. Huh.. Habis riuh kejiranan chalet tersebut dek pekikkan dan gelak sakan mereka yang asyik menyusun kad-kad jaws! Kegilaan ini berterusan sehingga jam 12.00malam (berhenti sekejap makan meggi) dan kemudian di sambung sehingga jam 3.00pagi barulah semua orang kembali ke bilik masing-masing.
 |
| Berjalan menuju ke bot |
 |
| Sedang cuba membodek di situ nampaknya |
 |
| Bot bergerak meninggalkan Pulau Kapas |
 |
| Ni keja xbermoral sapa snap ni! Mengaku cepat! |
Seawal jam 8.30 pagi (7 April 2013) kami bersarapan dan berkemas untuk meneruskan perjalanan berikutnya, Jam 10.00pagi bot yang akan membawa kami ke Jeti Marang tiba, Siap barang-barang kami muatkan, bot pun bergerak memecah ombak menuju ke jeti. Pemandangan dingin pagi itu di sayukan lagi dengan jarak penglihatan kami yang semakin menjauh dari Pulau Kapas. Hampir 30-45minit bot bergerak, kami akhirnya tiba di Jeti Marang. Rakan kami yang membawa kenderaan bergegas mendapatkan kenderaan masing-masing yang diletakkan di kampung rakan kami yang lain tidak jauh daripada jeti tersebut.
 |
| Menunggu ketibaan pengangkutan kami |
 |
| Kemas cepat nak gerak ni! |
Jam 11.30pagi kami bergerak menuju ke Pasar Payang untuk membeli buah tangan untuk keluarga masing-masing dan diri sendiri. Ada juga diantara kami yang mengambil kesempatan membeli telur penyu. Orang bandar macam kami mana pernah mencuba makan telur penyu, rasanya sendiri pun kami tidak terbayangkan semacam mana. Keropok Keping sudah menjadi kemestian membeli apabila sampai di pasar ini. Adalah juga kira-kira 1 jam kami mengambil masa berjalan melihat pakaian dan barang-barang lain yang ada di jual disini. Setelah penat berjalan kami meneruskan perjalanan mencari restoran yang berhampiran untuk makan tengahari. Restoran AZ Selera Pantai Timur menjadi pilihan kami untuk makan sebelum ke destinasi seterusnya. Restoran ini menyajikan makanan dan lauk campur yang tak terkira banyaknya, nasi briyani kambing pun ada! Yang kami suka, harganya berpatutan dengan apa yang kami makan, sedap pun sedap. Berbaloi lah senang kira..
 |
| Don, Fathul Bari & Azhar :P |
 |
| RayBan macam cermin masjid! sungguhRARE! |
Sesudah itu kami meneruskan perjalanan menuju ke Masjid Kristal, saja melihat pemandangan indah masjid yang sering di perkatakan orang. Sesampainya kami terus mengambil wudhuk dan menunaikan solat berjemaah bersama-sama dan kemudian melihat kawasan sekeliling masjid dan bergambar untuk merakam keindahan masjid tersebut. Sejurus itu kami meneruskan perjalan semula menuju ke Kelulut untuk membeli keropok 'ketel' 008, Kata rakan kami keropok 008 adalah yang terkenal di daerah Kelulut dan menjadi kegemaran orang di daerah itu. Sampai sahaja di tempat yang di tuju kami memborong berbungkus-bungkus keropok leko 008 dan diberi cuba keropok ketel yang separuh goreng oleh penjual untuk kami merasai akan keenakkan keropok tersebut. Ternyata memang membuka selera dan tak cukup untuk dicuba sekali sahaja. Sambil itu ada di antara kami yang membeli air nira untuk mencuba dan mengetahui rasa dan
kepowerannya. Bau nira yang meloyakan tetapi manis dan menyegarkan itu kata testimoni rakan kami. Nasib baik belum menjadi tuak.
Setelah itu perjalanan diteruskan menuju ke Kemasik, pitstop untuk kami bergambar beramai-ramai dengan menggayakan baju t-shirt rasmi O.S.C. yang di reka khas sempena ekspedisi ini. Tepat jam 6.30petang kami tiba di destinasi yang di maksudkan. Dengan tidak membuang masa kamera D90 mula merakam detik-detik bersejarah, O.S.C berjaya mengumpulkan 12 orang individu menjejakkan kaki di Terengganu. Pelbagai aksi penuh bergaya dalam menjayakan photogroup ini. Selesai sahaja sesi bergambar, kenderaan kami terus meluncur menuju ke Kuala Lumpur menamatkan ekpedisi Tahun 2013. Mencandat Sotong akan sentiasa dalam senarai ekpedisi kami bersama aktiviti dan program lain yang mendatang di masa hadapan.
Terima kasih kawan-kawan, ianya memang satu kenangan yang akan sentiasa terpahat selagi O.S.C masih kekal releven dan wujud. Jadikan kenangan ini sebagai satu semangat untuk kita terus menggiatkan diri dalam aktiviti dan program yang di anjurkan O.S.C waima kos perbelanjaan yang tinggi, kerana anda sendiri adalah O.S.C! anda tahu kemampuan kewangan anda, dan kerana O.S.C Bergerak Berdasarkan Majoriti!
Wassalam. T.M.P
First!
ReplyDeletesape first fap fap fap!
ReplyDeletebest nya...
ReplyDeleteaduh..rosak gambar...huh!!!
ReplyDeleteposting ni stand alone sbb byk gambar, got nothing to do with coding. TQ
ReplyDeletebile nak pi lagi?
ReplyDelete