Slide 1 Slide 2 Slide 3 Slide 4 Slide 5
Posted by themastaplan | 5 comments

Cabaran Lentang 2014




Hutan Lipur Lentang (Lentang Forest Recreational Park) Pahang

Coordinates: 3°23'19"N   101°53'33"E

Hutan Lipur Lentang hanyalah sejauh 50 kilometer dari Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya. Carian pada Google Map menunjukkan bahawa pemandu hanya memerlukan masa selama 50 minit sahaja untuk sampai ke destinasi. Klik di sini untuk peta lengkap.

Terkenal dengan air terjun dan juga sungai kepada pengunjung-pengunjungnya. Sungai-sungai yang terdapat disana sangat sesuai kepada kanak-kanak kerana ianya berarus sederhana dan cetek. Namun, Hutan Lipur Lintang tidaklah secantik dan menarik mana seperti yang ditulis pada tatapan ini.

Sekadar perkongsian kami telahpun membuat survey di beberapa tempat yang kami fikirkan sesuai untuk aktiviti bercamping pada kali ini, akan tetapi tempat-tempat yang kami berkesempatan kunjungi tidak menjanjikan suasana dan panorama hutan seperti hutan lipur lentang ini. Ini juga merupakan KALI KE-2 kami datang ke sini untu melakukan aktiviti yang sama. Boleh rujuk posting ini.

Posting ini akan di-edit semula dengan review berkaitan berserta dengan gambar-gambar kami sekitar perkhemahan yang akan datang.

(Time To Head Out For Close Encounters Of Nature Creature)
Read more...
Posted by themastaplan | 0 comments

Majlis Berbuka Puasa 2013




Asalammualaikum W.B.T. Bismillahirrahmanirrahim, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w buat sahabat dan seluruh umat yang menyintai baginda. Salam sejahtera dan salam ceria buat semua.

Seperti tahun-tahun lepas, sudah menjadi tradisi dan komitmen Old School Community menganjurkan Majlis Berbuka Puasa yang berkonsepkan Santai & Jalan. Pada kali ini pihak O.S.C tidak menetapkan sasaran dan tidak mengehadkan penyertaan kepada kumpulan ambilan dan puak tertentu sahaja. Selain daripada itu juga Majlis Berbuka Puasa ini adalah salah satu acara bagi menyambut ulangtahun ke-13 penubuhan O.S.C.

Lokasi bagi majlis ini memainkan peranan penting untuk meningkatkan penyertaan pada tahun ini. Atas dasar itu urusan logistik dan promosi akan diuruskan oleh 'The Playmaker' (Bob) & 'The Advisor' (O.S.C Committee). Rentetan daripada pengalaman anjuran yang lepas, Majlis pada kali ini akan di jangka mendapat sambutan yang memberangsangkan.

O.S.C juga akan mewujudkan events khas (Facebook) khusus untuk kelancaran majlis ini dan menggunakan app Whatsapp bagi melicinkan hubungan komunikasi bagi urusan menempah kerusi dan mengelakkan sebarang kelewatan serta maklumat yang salah.
 
  • Tarikh : 3 Ogos, 2013 (Sabtu)
  • Masa : 6:00-8:30 pm
  • Tempat : Laman Kayangan (Shah Alam)
  • Bayaran: RM30.00
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran dan lain-lain, boleh hubungi ;
Syahrul Nazran (BOB)   : 0133300890


Majlis Berbuka Puasa O.S.C 2013   |   Review & highlight.


Terdapat kelainan pada Majlis berbuka puasa pada kali ini, ini kerana kami berpeluang untuk berbuka bersama jemputan mualaf (saudara baru) anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Tidak pula kami menyangka hanya 2 meja yang kami duduki sahaja merupakan orang luar bagi progam anjuran MAIS itu. Walaubagaimanapun suasana tetap meriah dan kami agak bertuah dapat menyaksikan persembahan nasyid anjuran mereka. (Walaupun terpaksa mendengar ucapan dari pengarah MAIS).

Secara keseluruhan rating yang kami beri untuk venue kali ini 7/10, bukan kerana keadaan persekitaran, akan tetapi susun atur makanan yang agak tidak teratur dan sedikit persoalan antara kami adakah jumlah menu 201 makanan yang di nyatakan adalah seperti yang di hidangkan. 

Dari sudut menu masakkan yang di hidangkan memang tiada komen antara kami, semuanya sedap, menarik dan kebanyakkannya local contemporary food/fusion food jugak la. 

Review lokasi kali ini layak untuk di jadikan Place of Interest P.O.I (ratings by O.S.C)


View entrance LAMAN KAYANGAN
Zaki bersama 2 orang puterinya

Irfan bersama Hanim
(sejak anim pregnent senyum je mamat ni)
Ha..ni abg polis Fadhir bersama isteri dan
anak sulung mereka

Bani & Fadzli 'caj bateri'
Ini dia 'The Playmaker' O.S.C

Arghhh kenyangnya..Caj caj caj!!
Antara view di luar Tramp Laman Kayangan

Menarik sebenarnya logo LK dorang ni
Macam logo rugby team tak? :P


Entrance masuk ke L.K..ceewahh
Alamak skali macam Royal Ballroom la!

(dari kiri Mohd Hazim, Ilman Nafis & Airis Rania) 







(Ayah mereka : Mohd Fadzli, Najib, Mohd Noralis)

Yang ni kami tak berapa jelas maksudnya..yang pasti nama 'Alis' tu femes hingga ke Shah Alam!

Setakat ini dahulu catatan untuk Majlis Berbuka Puasa O.S.C 2013 (yang pertama kalinya berjaya di rekodkan dan di dokumenkan ke dalam blog rasmi O.S.C). Semoga penglibatan semua rakan-rakan yang lain akan dapat di rakamkan sekali pada majlis berbuka puasa di tahun-tahun yang mendatang.

Jutaan Terima Kasih kepada Laman Kayangan kerana tempat anda yang selesa dan menu yang menarik membuatkan semua hadirin pada hari itu gembira dan terkesima. Pada The Playmaker O.S.C terima kasih kerana bertungkus lumus menjayakan program pada kali ini bersama-sama kerjasama adik kandung beliau (Sepul) dan tugas anda belum selesai kerana selepas ini ada lagi usul-usul potluck/camping sorotan dari kejayaan program yang lepas. Dan tidak lupa kepada semua rakan-rakan yang hadir, kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi kerjasama dan menyokong program yang kami anjurkan ini, ternyata kamu semua memang sporting. Harapan kami agar kita semua terus bersatu dalam memantapkan lagi Community ini.


Thank you guys!




*Sedikit pencerahan & sejarah mengenai Majlis Berbuka Puasa O.S.C

Suatu masa dahulu, di awal-awal penubuhan O.S.C, Program berbuka puasa sesama rakan-rakan sudah di adakan secara kecil-kecilan dan gerakkan ini berterusan sehingga kini. Masih teringat kembali memori di Maju Junction (foodcourt atas yang ada view KL : boleh smoking lak tu) sewaktu 4-5 orang rakan perintis sahaja yang memeriahkan program ini. Walaupun tak ramai, acara pertama itulah yang masih di ingat sehingga kini.

Lanjutan daripada kejayaan tahun-tahun berikutnya dan menampakkan penglibatan yang memuaskan, O.S.C semakin berani untuk mencuba pelbagai venue di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang yang menjadi pilihan sudah di takluki (mengikut budget salary yang kecil ketika itu). Ini di turuti dengan pengedaran beberapa item sumbangan antaranya adalah souvenir dan cendera kenangan. (F.O.C)!

Banyak sejarah dan kenangan terpahat di hati kami semua, yang berkaraoke sambil berbuka pun ada! yang pasti, dari menamatkan zaman persekolahan - ke menara gading - bercouple-couple - berkahwin - menimang cahaya mata - dan sehingga kini, Program ini sentiasa mendapat tempat dari hati pencinta rakan-rakan kami. Terima Kasih Semua.



"Sesungguhnya di Syurga terdapat sebuah pintu yang dinamakan 'ar-Rayyan' yang memasukinya pada hari kiamat adalah orang-orang yang berpuasa, tiada siapa memasukinya selain mereka. Dan apabila mereka sudah memasukinya maka pintu itu pun ditutup" - Riwayat Bukhari dan Muslim
Read more...
Posted by themastaplan | 12 comments

Candat Troopers 2013 - Official Trailer








Dramatic review will be posting soon...
Read more...