Jika pembaca antara salah seorang yang percaya kewujudan Dinosaur,
pembaca juga adalah salah seorang antara jutaan manusia yang percaya
wujudnya hidupan sebelum Nabi Allah, Adam as. Kemungkinan ramai antara
pembaca semua tidak sedar akan hakikat ini bukan?.
Persetujuan daripada ahli arkeologi menyatakan bahawa tamadun
pertama yang wujud di muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu sekitar
4000BC. Jika sekarang kita berada di tahun 2010, ini bermakna tamadun
Mesopotamia adalah berusia : 4000BC+2010AD=6010 tahun
Dan ia juga bermakna, Tamadun Mesopotamia telah mencapai usia 60
abad. Manakala, agama pertama di dunia yang di rekodkan iaitu agama
Hindu telah dibentuk seawal 3000BC iaitu ketika permulaan tamadun Indus
di India. Disebabkan agama Hindu terlampau awal dibentuk, sehingga kini
tidak diketahui siapakah sebenarnya pengasas agama Hindu ini.
Agama Hindu yang terdapat pada hari ini tidaklah sama dengan agama
Hindu yang pada mula-mula ia diasaskan. Sepertimana agama lain, kecuali
Islam, setiap agama mengalami perubahan bahkan terdapat agama yang
mengalami perubahan yang ketara sepertimana agama Yahudi dan Kristian.
Disebabkan agama Hindu adalah agama tertua di dunia, ahli arkeologi yang
ingin menyelidik tamadun-tamadun purba akan mengkaji terlebih dahulu
kitab-kitab purba agama Hindu terutamanya Veda dan itulah yang berlaku
sekarang.
Dalam kitab Taurat dan Injil dalam Book of Genesis, umur Nabi Adam
as ada dinyatakan. Nabi Adam as dikatakan hidup di bumi selama 930 tahun
sebelum baginda wafat. Bergitu juga dengan Hawa yang wafat hampir
dengan usia Nabi Adam. Namun, di dalam al-Quran tidak pula dinyatakan
usia Adam namun Rasullulah SAW pernah menyatakan dalam sabdanya bahawa
umur umat terdahulu adalah panjang dan sihat pula tubuh badan mereka.
Rabbi daripada agama Yahudi sepakat menyatakan bahawa umur Adam as
diturun ke bumi adalah sekitar 4000BC selari dengan tamadun pertama di
dunia di Mesopotamia iaitu juga sekitar 4000BC.
‘Adam’ Sebelum Adam
Berkenaan dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya
bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka
kemudiannya dihantar ke bumi selepas memakan buah yang terlarang.
Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.
Akan tetapi Allah SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran
bagaimanakah Adam itu dicipta. Adakah dia dicipta secara berperingkat
atau dengan satu proses sahaja? Sebahagian ahli Tafsir mendatangkan
pandangan bahawa ketika Allah SWT mencipta Adam, tubuh Adam itu
dibiarkan selama 40 tahun sebelum ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini
kita boleh melihat dengan jelas pengaruh tradisi
Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan.
Terdapat juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan
bahawa Adam bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi. Mereka
berpandangan bahawa ratusan ribu ‘Adam’ telah wujud sebelum Adam bapa
kita. Setiap satu ‘Adam’ itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya,
mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan ‘Adam’ yang
berikutnya sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita,
dianggap sebagai pusingan terakhir siri ‘Adam’ di muka bumi.
Ada juga ulama yang berpendapat bahawa Adam dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi dan daripada bumi.
(Lihat al-Maqdisi: Al-Bad’ wa al-Tarikh dan Ibn al-‘Arabi: al-Futuhat al-Makkiyyah)
Ikhwan al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka
menyatakan bahawa semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan
membiak di kawasan Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan
cuaca yang ektrim. Hal ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam
suasana inilah Adam tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga
berpendapat bahawa Adam dan Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan
mereka di bumi (Rasaa’il Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229. Ada
kemungkinan konsep ini diambil dari Bible kerana di dalam Bible, Syurga
itu adalah Garden of Eden, di mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan
yang suci)
Zaman Dinasor?
Jika dari awal tadi penulis berkata bahawa tamadun pertama di dunia
adalah berusia 4000BC. Sekarang, pembaca akan terkejut apabila
menyedari bahawa zaman Dinosaur adalah jauh lebih lama daripada itu.
Penemuan rangka-rangka dinosour di serata dunia membuatkan saintis
percaya bahawa haiwan ini pernah mendiami bumi ini 61 juta tahun sebelum
manusia.
Arkeologi sepakat menyatakan bahawa kepupusan secara besar-besaran
Dinosaur adalah pada 65 juta tahun yang lampau. Penulis ingin menekankan
ayat ini iaitu Kepupusan. Kepupusan adalah suatu titik di mana sesuatu
spesies lenyap tanpa meninggalkan keturunan. Inilah yang berlaku kepada
Dinosaur.
Eskavasi di tapak arkeologi yang menempatkan tulang-tulang Dinosaur
kebanyakkannya mempunyai tarikh Karbon-12 yang berusia 65 juta tahun
yang lalu. Ia seterusnya membuatkan ahli arkeologi sepakat mengeluarkan
kenyataan bahawa Dinosaur mula pupus sekitar 65 juta tahun yang lampau.
Namun apa yang mengejutkan sebenarnya adalah tarikh kepupusan iaitu
pada 65 juta tahun yang lampau itu. Berbanding dengan permulaan tamadun
manusia yang hanya bermula 4000BC, ia bagaikan langit dan bumi
berbanding tarikh kepupusan Dinosaur.
Seperti penulis tekankan di awal artikel tadi, barang siapa yang
percaya Dinosaur wujud, maka beliau adalah salah seorang daripada ribuan
malah jutaan manusia yang percaya terdapatnya hidupan sebelum wujudnya
manusia. Dan tarikh kepupusan Dinosaur membuktikan segala-galanya.
Perlu diketahui bahawa ia adalah tarikh (jangka masa) kepupusan
Dinosaur. Bagaimana pula tarikh permulaan hidupan Dinosaur?. Bagaimana
pula dengan usia Bumi?. Apabila difikirkan daripada logik akal dan logik
nakli, sememangnya terdapat hidupan sebelum turunnya Adam as ke bumi
Allah ini. Pernahkah pembaca mendengar perdebatan antara malaikat dan
Allah SWT semasa Allah mencipta Adam as?
Malaikat Bertanya Kepada Allah SWT
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka
bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah
Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan
membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami
sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman:
“Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”
(Al-Baqarah 2: 30)
Baris ayat “orang yang akan membuat kerosakan padanya dan
menumpahkan darah”daripada hujah para Malaikat telah menimbulkan seribu
satu persoalan. Bagaimana Malaikat boleh mengetahui tentang rahsia masa
depan manusia sedangkan hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui?.
Meskipun malaikat memiliki keistimewaan berada di Syurga dan Arasy
Allah namun pembaca jangan lupa bahawa malaikat tidak boleh mengetahui
rahsia masa hadapan tanpa izin Allah. Hijab Allah sentiasa tertutup
untuk makhluk-Nya kerana ia adalah perancangan Allah swt untuk
perjalanan setiap makhluk-Nya.
Jadi, bagaimana malaikat boleh mengetahuinya?
Hari-Hari Terakhir Bumi Sebelum Turunnya Adam – Muhammad Isa Dawud
Cendiakiawan agama terutama Muhammad Isa Dawud (MID) percaya bahawa
terdapatnya hidupan sebelum penciptaan Adam. Dalam buku bertajuk “Siapa
penghuni Bumi Sebelum Manusia” karya MID, ada persoalan yang
dibangkitkan iaitu bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal
dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’
dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan
makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma
bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan
intelektual. Namun mereka derhaka kepada Allah SWT selepas Allah
melimpahkan kemewahan dunia kepada mereka. Akibat kebiadapan mereka
menyekutukan, Allah SWT telah mengazab mereka dengan ‘kiamat’ untuk
keseluruhan mereka sehingga tidak tertinggal walau sedikitpun.
Gambar (di atas) Saintis menunjuk uranium-uranium yang terurai (lihat
batuan kuning) yang dianggarkan berusia jutaan tahun yang lampau di
Oklo, Afrika.
Menurutnya ijtihad MID, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi
dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang
selamat.
Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam. Beberapa manuskrip dari Sweeden turut dilampirkan sebagai bukti walaupun ia masih dalam perdebatan para cendekiawan. Adakah selepas tamatnya zaman dinosaur, kemudian muncul pula zaman jin?.
Jin Penghuni Bumi Sebelum Manusia
Masih lagi berpandukan pada hujah MID dalam bukunya, disini kita
boleh merenung serta membahaskan beberapa fakta dan hujah yang
dikemukakan oleh beliau. MID menegaskan bahawa, Iblis adalah bangsa Jin
yang dididik oleh malaikat sehingga ‘alim seperti malaikat, namun sifat
takabburnya telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga
akhirat. Dengan itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak-anak
Adam. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.
Taurat Kuno menyebut sebuah lagenda yang mengatakan semasa
penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70 orang Bani Israel, sebahagian
pengikut Musa telah melihat gambar-gambar yang aneh di dasar Sungai Nil.
Dari gambaran penglihatan mereka gambar-gambar itu mengisahkan
kehidupan peradaban sebelum kedatangan Adam. Namun, Nabi Musa melarang
mereka untuk melengah-lengahkan perjalanan kerana bimbang tentera Firaun
akan sempat mengejar mereka. Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat
gambar-gambar itu telah menulisnya di dalam manuskrip-manuskrip dan
diwarisi oleh anak cucu mereka.
Fakta serta hujah berkenaan dengan kemampuan jin dalam menghasilkan
teknologiatom dan fusion turut dikemukakan oleh MID. Persoalannya
disini ialah, adakah kesan radioaktif yang ditemui di beberapa buah
lokasi di dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan suatu
‘peninggalan’ dari tamadun spesis makhluk yang disebut sebagai ‘jin’?.
MID mengakhiri hujah dalam bukunya dengan satu kesimpulan yang kukuh :
“Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang
dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk
mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah
membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka
engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri
sehingga terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar
peninggalan peradaban mereka.
Kemudian Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah
memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat
oleh manusia. Maka Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban
yang maju yang tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin
kerana hanya golongan jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan
dan berlari sepantas kilat.”
Penemuan Yang Mengejutkan
Rangka berusia 10,000 tahun- Young Hol Chan
Pada 2006, dua orang penyelam Jerman telah tidak sengaja menemui
rangka manusia yang mempunyai saiz kanak-kanak. Dua penyelam daripada
Jerman ini sebenarnya ingin menjelajah satu Cenote di Mexico. Cenote
adalah lubang besar yang ditenggalami air disebabkan oleh luluhawa dan
perubahan rupabumi. Rangka kanak-kanak itu ditemui dalam satu gua di
dalam Cenote tersebut.
Rangka kanak-kanak ini ditemui di gua bawah tanah dekat Tulum, Mexico. Rangka kanak-kanak yang digelar
Young Hol Chan
telah diakui oleh pakar-pakar arkeologi sebagai rangka kanak-kanak
tertua yang pernah ditemui di benua Amerika. Rangka itu berusia 10,000
ribu tahun.!
Berbanding dengan usia tamadun pertama iaitu sekitar 6010 tahun,
rangka ini sebenarnya telah membuka kunci rahsia tentang ‘manusia’
sebelum kedatangan Nabi Adam as.
Goat’s Hole Cave, Pavillon, Gower
Pada 1823, seorang professor Geologi di Universiti Oxford,
William Buckland telah menemui rangka manusia yang dianggar berusia kira-kira 18,000 di sebuah gua di
Goat’s Hole Cave di Pavillon, Gower. Di gua inilah rangka yang berusia 26,000 tahun itu dijumpai.
Namun, baru-baru ini para pakar telah sekali lagi membuat kajian
mengenai usianya dengan menggunakan alatan yang terkini. Apa yang
mengejutkan adalah usianya sebenarnya adalah 4000 tahun lebih tua
daripada yang diketahui dahulu iaitu 26,000 tahun!.
Gambar (di atas) adalah rangka
Red Lady
dianggarkan berusia 26,000 tahun. Satu yang menarik mengenai rangka
purba ini adalah rangka Red Lady sebenarnya adalah rangka seorang pemuda
dan bukan rangka seorang wanita sebagaimana namanya.
Gambar (di atas) 600 lukisan purba di
Lascaux Cave
di Dordogne River Valley, Perancis telah direkodkan mempunyai usia
17,000 tahun. Ia ditemui tidak sengaja oleh dua orang remaja pada 1940.
Manusia Sebagai Khalifah Di Muka Bumi
Manusia telah awal-awal lagi, Allah SWT nyatakan bahawa sebagai
wakil Allah SWT di muka bumi. Sememangnya penulis sangat bersetuju
tentang kewujudan makhluk sebelum Adam as namun tidaklah pula penulis
bersetuju tentang teori evolusi yang Charles Darwin asaskan. Bagi
penulis, makhluk yang dicipta sebelum Nabi Adam adalah makhluk misteri.
Ada kemungkinan menyerupai manusia, ada pula kemungkinan menyerupai
haiwan akan tetapi yang pasti adalah mereka telah melakukan kerosakkan
di muka bumi. Antara kerosakan yang pernah mereka lakukan adalah
peperangan dan perebutan kuasa.
Baru-baru ini, saintis bergitu terkejut dengan penemuaan
rangka-rangka manusia yang bergelimpangan di Mohenja-Daro di Lembah
Indus. Apabila diselidik, rangka tersebut telah dicemari dengan
radioaktif akibat letusan nuklear. Apakah makhluk purba pernah
menggunakan senjata canggih sehingga menghuru-harakan bumi Allah swt
ini?
Bagaimana dengan Dinosaur?. Apa yang penulis boleh simpulkan
mengenai haiwan besar yang digelar Dinosour ini adalah haiwan ini
kemungkinan wujud sebelum wujudnya ‘makhluk’ yang melakukan kerosakan
tersebut. Ini bermakna, sebelum wujudnya Adam as sebagai khalifah di
muka bumi, telah wujud berpuluh-puluh makhluk yang Allah SWT wakilkan di
muka bumi ini. Namun, sayangnya, mereka semua leka dengan nikmat Allah
swt dan akhirnya musnahlah tamadun mereka diazab Allah swt.
Akhirnya, manusia adalah wakil terakhir Allah SWT di muka Bumi ini.
Dan kita sebagai umat Muhammad pula adalah khalifah terakhir daripada
wakil terakhir Allah swt di muka bumi sebelum Allah swt ‘sediakan’
kiamat untuk kita semua. Sesungguhnya, Adam as bukanlah makhluk pertama
tetapi ia adalah manusia pertama di muka bumi. Waallahualam..
0 comments: