Posted by themastaplan | 2 comments

Tribute To 'Si Kumbang Sepi'



Bercerita saja aksi dialog dungu mengenai kipas tangan dengan menggelengkan kepala laju-laju, pasti akan terlintas di fikiran kita semua tentang seseorang yang dahulunya pernah mengisi kerusi-kerusi mamak C.M bersama kita semua bersembang suka & duka. Insan itu jugalah yang suatu ketika dahulunya pernah mengadakan mesyuarat pertama O.S.C di ruang pejabat arwah ayahnya dengan mengambil langkah yang terlalu awal menjemput rakan-rakan seperjuangan berhaluan kiri yang mendapat respon negatif akan usul & usaha beliau menyatupadukan kesemua kita semua di bawah O.S.C.

 Klip video Mat Raja Kapor-Scene mamak gaduh ngan Mat Sentul sekadar hiburan shj.

Semangat insan ini tidak mudah luntur seperti warna kulitnya yang sawa matang gelap itu, dengan adanya sokongan, dorongan, bantuan serta kecekalan rakan-rakan seperti kami yang sejiwa dan mempunyai impian yang sama mendampinginya, O.S.C berjaya digerakkan secara kecil-kecilan, walaupun langkah awal pada mulanya agak sukar mendapatkan penglibatan rakan-rakan di mana-mana aktiviti, namun Alhamdulillah, O.S.C terbukti mampu berdiri sendiri walaupun bertongkat dan dipapah.

Warghhhh...why!....whyyy!!!

Banyak usaha dan impian insan ini untuk melihat O.S.C kekal sebagai satu jenama & medium penghubung diantara rakan-rakan kita semua terbantut akibat beberapa perkara dan faktor yang tidak dapat dijelaskan disini kerana mengambilkira urusan dan hal peribadinya. Usaha insan ini kemudiannya telah diolah dan ditambahbaik oleh pioneer sepertinya agar lebih mendapat impak, solid serta releven bukan sahaja di masa sekarang bahkan untuk tempoh 20-30 tahun mendatang kerana melihat penjenamaan semula ini dilakukan agar O.S.C bertahan kukuh & sejajar menempuh arus kemodenan kini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrNzcWaMNPgAnA284hVNQNaysrZKxByzY5Drfat5BFR4tqu3IdGth-iXnVdhSZp3dOWjPYYFKdWMH_Z5E8dou-iRBAt_e4RO9kN5gRI9rVGFQQtIeNiH7_2nr6EI103_8MTq3cIJJzAH0V/s1600/semangat.jpg
to infinity and beyond!!

Pujangga ada mengatakan bahawa hari tidak akan selalunya cerah, seperti juga kata-kata yang dipegang oleh insan ini bahawa 'setinggi mana insan itu menapak naik, akhirnya suatu hari nanti dia akan melanggar dinding juga'. Kami amat terasa akan ketiadaan insan ini di dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sekalipun di warung-warung mamak, ini kerana semenjak 3-4 tahun yang lepas, insan yang mesra digelar 'Si Kumbang Sepi' ini seperti tidak mahu dirinya ditonjolkan lagi.  Kami pasti insan ini mempunyai alasan persendirian yang kuat dan mungkin salah satu penyebab dia bertingkah laku sedemikian.

Walaubagaimanapun, kami mendoakan kegembiraannya dan kami pasti insan ini turut mengikuti perkembangan dan kemajuan O.S.C dari masa ke semasa kerana dia juga adalah sebahagian daripada usaha dan perjuangan ini. Biar dimana pun insan ini berada sekarang, waima di nusantara sekalipun, kami terus yakin, kerusi-kerusi mamak akan kembali diisi olehnya suatu ketika nanti.


Untuk rakan kami 'Si Kumbang Sepi', lagu ini kami hadiahkan khas untuk anda sempena memperingati perjuangan kita bersama suatu ketika dahulu.



2 comments:

  1. tuan admin...kasik kesan ini "Mr for Love" area shah alam... anda harapan kami....

    ReplyDelete
  2. uhuk..uhuk..sedih lak aku bace posting kali ni.

    ReplyDelete