Posted by Unknown | 0 comments

Tabung O.S.C



Assalammualaikum w.b.t Kepada rakan-rakan O.S.C sekalian, setelah mengambil kira semangat perpaduan & kesetiakawanan kita semua, disini saya hendak memberikan cadangan 'JATUH HUKUM' berkenaan pembuatan T-Shirt (berkolar) Official O.S.C yang bakal digunakan dimana-mana aktiviti & program rasmi Old School Community.

T-Shirt berkolar tersebut akan diberikan sentuhan oleh T.M.P selaku penyelaras rekaan dengan mengemukakan beberapa contoh dalam masa yang terdekat untuk kita nilai dan membuat pilihan bersama agar setiap individu bersetuju. Dari segi kos dan kualiti bahan adalah seperti berikut: - kualiti (Polo T-Shirt) - anggaran kos bergantung kepada jenis stripe Polo T-Shirt Untuk mengurangkan kos pembiayaian T-Shirt ini, saya ingin mencadangkan agar yuran bulanan dikumpul dari setiap rakan-rakan yang berminat untuk mendapatkan T-Shirt yang eksklusif ini setiap bulan.

Hanya RM10.00 sebulan akan dikutip oleh En. Syahrul selaku 'Man of Chief Finance O.S.C' untuk menjayakan misi pada kali ini dan sekiranya kutipan yang dibuat adalah konsisten dan mendapat kerjasama serta respon timbal balik yang positif sepenuhnya dari rakan-rakan sekalian, arahan kutipan RM10.00 ini mungkin akan diteruskan untuk dikutip dan dijadikan duit tabung kekal Old School Community yang kemudianya akan dijana dan diguna bagi tujuan- tujuan lain yang mendatangkan faedah dan keberuntungan kita bersama pada masa- masa mendatang.

*t&c applied.

 Sebarang cadangan atau pendapat yang baik amat di alu-alukan.

0 comments: